Padan Muka Aku !
16:40 - 12 comments

kirpi , angry , animal , animals , cute , hedgehog

Assalamualaikum Chentaa

Sekarang ni,gua tengah tahan sakit perut gua yang dari pagi tadi problem ahhh I got cirit birit.Ulang-alik naik tangga masuk tandas eurghh ! Sakitnya perut gua ni,lagi bertambah sakit bila letak ubat gamat.Rasa macam kena bakor je perut ni.Panas nak meninggal !.Nasib baik perut gua ni tak buat hal masa solat jumaat tadi fuhh.Kesnya makan laksa pineng yang mak aku beli semalam lah ni ! Nahh tudiaa,buat hal lagi perut gua ni.Kemain menaip penuh emosi gitteww.

Peniaga zaman sekarang kan,pentingkan keuntungan semata berbanding kualiti barang,ni semalam punya cerita.Mak aku ada beli laksa penang dekat pasor.Kemain,gembira gua tak sabor nak makan.Bukak-bukak je plastik laksa tu,ada macam bau pelik,telur dia busuk gila kot,macam makanan lama.Time tu gua memang lapor + kempunan disebabkan dah lama tak makan laksa penang,so gua pergi makan jugak laksa tu.Aku pergi buang telur tu,makan laksa dengan kuah dia je.Bodoh gila kot aku ni,pergi layan jugak nafsu makan isk isk.Padan muka aku.

Lebih kurang macam nilah laksa yang mak aku beli semalam erk.

Btw kan.Agak-agaklah time nak menjual tu.Periksa lah dulu barang jualan tu,jangan main hentam je jual semata nak keuntungan je kan? Entah-entah laksa yang semalam punya tak habis kau pergi jual.Aku pun satu hal ,bodoh pergi makan jugak.Padan muka padan muka padan muka ! . 
LEAVE YOUR COMMENT HERE, I WOULD APPRECIATE THAT TQ
No spamming.
No harsh words.
Sign in to comment.
Mind your language.
I will reply your comment within 24h.
Mind to click my nuffnang, I will click yours back.

12 comments:

  1. Aduiii kesian dia.. Semoga cepat sembuh =)

    ReplyDelete
  2. Dah basi makanan tu dik
    Biasalah kalau dah di campur dengan telur rebus
    Cepat lah basi

    ReplyDelete
  3. alahaiii! semoga cepat sembuh yer ^____^

    ReplyDelete
  4. alahai kesianny dia. mai dtg johor, makan laksa johor, lg sedap. hehe
    *bukan yg kedai jual, homemade punyaa hee

    ReplyDelete
  5. paling tk suka bau telur busuk -__- peniaga sekarang ni pun, bagilah makanan yg elok2 sikit kt pembeli. org dh bayar, makanan kita dia bagi yg dh busuk

    ReplyDelete
  6. basi ke? :D
    kalau tak basi lagi konfom sbb telur tu TT^TT wallahhu'alam..
    apa2 pun be careful time nak makan.. ahaha baca bismillah :)

    tapi kalau betul peniaga tu buat onar, mmg teruklah kan.. TT^TT huhuhu
    cepat2 sembuh.. :)
    ni dah menulis nih dah sembuh ka blum? hahaha XD

    ReplyDelete
  7. ayyee T_T
    kenapa awak gi makan dik oi hihi.
    hm tulah masalah peniaga sekarang.
    (some) of them selalu cemni kan haihhhh

    ReplyDelete
  8. kalau kite pun mmng hentam je kot laksa tu kalau dah lama sangat tak makan kempunan pula nanti. hahaha semoga cepat sembuh ^^

    ReplyDelete
  9. asslmkm adam.. morning.. dah baik ke sakit perut tu..
    kalau akk la, tak berani nak makan dah. wlpun laksa tu fav.. orang sekarang ni niaga nak untung semata2.. tu yang susah tu..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum adam.. selamat pagi..
    dah baik ke sakit perut tu.. lain kali hati2 ye makan tu.. makanan ni mudah buat kita sakit perut kalau salah makan..

    ReplyDelete
  11. Hahaha. Lawak la pulak bace post ni xD btw semoga cpt sembuh ye!

    ReplyDelete