Slot Akasia Terbaru TV3 - Drama Ariana Rose (Sinopsis)

Thursday, December 26, 2013

Ariana Rose

ARIANA ROSE - SLOT AKASIA
Hari: Isnin hingga Khamis
Jam: 7.00 petang hingga 8.00 malam
Jumlah Episode : 28 episod
Tarikh mula ditayangkan: 30 Disember 2013
Saluran: TV3

PELAKON
Keith Foo (Tengku Adam Kamil)

SINOPSIS NOVEL THE WEDDING BREAKER
Drama Ariana Rose adalah drama yang diadaptasi dari novel The Wedding Breaker karyaEvelyn Rose. Drama ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin turut dibintangi oleh Nur Fathia sebagai Ariana Rose dan Keith Foo sebagai Tengku Adam Kamil. Drama ini akan menggantikan drama Playboy Itu Suami Aku dan bakal ditayangkan pada 30/12/2013.

Ia menceritakan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita bersetuju untuk berlakon sebagai perempuan mengandung dan mengaku kandungan itu milik Tengku Adam Kamil tuning Tengku Juwita. Tujuan utama Tengku Juwita berbuat begitu kerana tidak mahu berkahwin denganTengku Adam Kamil kerana dia seorang kasanova terkenal .

Perkahwinan ini juga diatur oleh keluarganya, Tengku Juwita tidak berani untuk membantah kerana Tengku Sidin terlalu garang. Kehadiran Ariana di hari pernikahan Tengku Juwita dan Tengku Adam Kamil telah menggembirakan Tengku Juwita kerana majlis itu batal tetapi tidak pada Tengku Adam Kamil.

Selepas kejadian itu nama Tengku Adam Kamil menjadi bualan. Lantaran kesanggupan Ariana menjadi “drama queen” dia turut menerima pembalasan atas perbuatannya. Tengku Adam Kamil telah mengupah penyiasat untuk menyiasat siapa Ariana. Pada awal pertemuanTengku Adam hanya mahu Ariana mengaku kesalahannya tetapi disebabkan kedegilan Ariana memaksa Tengku Adam melakukan sesuatu luar jangkaan Ariana. Dalam terpaksa, setelah Tengku Adam meragut kesuciannya Ariana menceritakan apa yang berlaku.

Selepas kejadian itu Ariana banyak melakukan kerja amal bagi melupakan sejarah hitam yang berlaku pada dirinya. Tidak disangka – sangka Sebenarnya Tengku Adam adalah penymbang besar bagi dana kebajikan . Dari situlah pertemuan demi pertemuan Ariana dan Tengku Adam bermula. Perasaan cemburu hadir bila Tengku Adam melihat Ariana rapat dengan rakan kerjanya Harith. Bila perasaan cemburu menguasai diri, Ariana hampir di nodai untuk kali kedua oleh Tengku Adam. Ariana semakin membenci Tengku Adam.

Atas nasihat Doktor Rosli merangkap kawan baik Tan Sri Mukhriz, Tan Sri Mukhriz melamar Ariana Rose tanpa pengetahuan Tengku Adam .Dan Keluarga Ariana menerima lamaran itu dengan hati terbuka. Ariana menerima pinangan dari keluarga Tengku Mukhriz ,Tengku Adam merayu agar menerima dirinya. Kerana terlalu kecewa gagal memujuk Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah . Balik dari umrah baru dia sedar gadis yang dipinang oleh mummy dan Daddynya ialah Ariana Rose perempuan yang digilai separuh mati.

Tengku Adam bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan oleh Allah. Tapi tidak pada Ariana masih tidak tahu siapa bakal suaminya dan selama ini Ariana tak kisah. Dia Redha pilihan keluarganya. Tengku Adam yang dulunya kasanova kini berubah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya.

You Might Also Like

2 Like This Entry:

  1. Macam best je cerita ni.Hopefully tak bosan macam cerita playboy itu suami aku..tapi sellau tgk kat tonton je.heee

    ReplyDelete
  2. Memang best pun. Dari satu episode ke satu episode ada suspennya. Tidak menjemukan. Tengok Tv bosan kerana banyak iklan. Kat tonton ok ...

    ReplyDelete