Final Exam
10:44 - 12 comments

ASSALAMUALAIKUM
Aku yakin bebudak batch #99 mesti tengah stress-tension disebabkan final exam yang tak lama lagi.Jujur aku cakap,aku pun tengah stress.Tak cukup dengan PBS,exam pulak timbul.Sampai bila aku kena jadi bahan uji sekolah ? tak cukupka dengan PBS?
Abaikan ayat intro yang tak seberapa.Macam ayat budak darjah satu pulak aku tengok,huuh.Exam dah dekat,pulun-pulun aku study buat nota semua .Aku harap dengan usaha aku itu,Allah akan balas aku dengan segunung kejayaan ameeeen.
Yang aku paling sakit hati,bila semangat nak study tu datang,boleh pulak cikgu pengurusan buku teks tu datang kat kelas,cakap yang ahad minggu depan dia nak kutip buku teks.Aku macam? eh? apa ni.Macam mana nak study? boleh pulak dia cakap" Itu urusan awak,pepandai lah awak selesaikan" Naik darah pula aku ~ sabar.
Dah haritu dia rampas buku teks member aku,bila nak tuntut balik buku teks tu dia cakap hilang,eh? boleh jadi cikgu buku teks ke macam ni? entahlah,manusia ni pelik sebenarnya.Tapi aku tak kesah sangat sebab tu bukan buku teks aku,hoho.
Dua minggu depan adalah minggu exam.InsyaAllah aku akan buat yang terbaik,memandangkan aku budak baru kat sekolah tu,hehehehe.Kejap lagi aku nak study nota sejarah pulak.Doakan ye?Banyak pulak aku merapu hari ni.Dah macam karangan akak abang form5 pulak aku tengokk hoho~

#Selamat Hari Raya AidilAdha.Final exam x) Pray for me!

LEAVE YOUR COMMENT HERE, I WOULD APPRECIATE THAT TQ
No spamming.
No harsh words.
Sign in to comment.
Mind your language.
I will reply your comment within 24h.
Mind to click my nuffnang, I will click yours back.

12 comments:

  1. adam ni baru f2 ke? :O selama ni ingatkan dah universiti lol. btw gudluck exam PBS :)

    ReplyDelete
  2. karangan akak abang form 4 form 5 tak merapu cmne. haha
    btw gudluck yer :)

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya Aidiladha dik...

    Dan study sungguh k....

    ReplyDelete
  4. Good luck adam ! Samalah ngan Ina T-T Semoga kita dapat keputusan yang baik2 . Hehhehe .

    Pray for me too :)
    Selamat hari raya aidiladha :)

    ReplyDelete
  5. @Mazni Munawar Hoho.Jauh sangat tu sampai ke Universiti.Thank You :)

    ReplyDelete
  6. hahahah/... samalah....nak buat macam mana dah. Nasib... btw pray for me too.

    ReplyDelete
  7. goodluck adam!! keep calm and study smart..

    anyway #SalamAidiladha buat adam dan keluarga..=)

    ReplyDelete
  8. senasib juga lah dengan saya. saya pula memang kena study betul2.. aihh, pening2. pbs banyak tak sempat buat sbb dah nak key in. aiyoo. apa2 pun semoga kita semua dapat result yang best! btw, selamat hari raya ya.. :)

    ReplyDelete
  9. hahhaha.. dah nasib kita lahir pada tahun 1999.. nak buat macam mana.. terpaksa lah kena jadi bahan uji kaji.. kata kalau ada PBS tak ada exam.. tapi now lain plak yang jadi.. janji sudah menjadi capati..

    kena buat PBS, final exam, PBSMR.. semua kita kena buat..

    nasib bacth '99' .. huhuhu T.T

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya haji & selamat study ya.. wish adam all the best masa exam final pmr nanti

    recent post : Sehari Berhari Raya Haji

    ReplyDelete