Debaran Exam.
16:34 - 4 comments

Exam
Image from Google.com
Ini entri kedua susulan selepas entri pertama pasal exam.Kalau nak baca,boleh search di sidebar ye.Boleh jadi,ini entri luahan,jadi kepada yang menyampah,boleh klik simbol [X] di navbar ya.Debaran final exam yang tak lama lagi.Allahu,bole kanser jantung tahu? hoho.Nauzubillah.Setiap kali nampak buku mesti gelisah semacam.Berdebar tahu? Pernah jadi seorang pelajar kan?

Ahad nanti kena hantar buku teks sekolah.Pelik betul aku,Boleh tak tunggu selepas final exam nanti? nak harapkan nota? tahukah? pelajar memang tidak gemar membuat nota? Jadi jangan harapkan nota 100% sebab bagi aku 15%.teruk betul.Entah,buat masa sekarang ni aku memang bergantung 50% pada buku rujukan,yang lagi 50% buku teks.oleh itu,aku nekad untuk tidak hantar buku teks ahad ini,mihmihhhhh.


Kaunselor sekolah aku selalu cakap, "Pelajar Yang Cemerlang Adalah Pelajar Yang Berdisiplin" tapi kalau dah terdesak sangat nak buat macam mana? takkan nak bergantung 100% pada buku rujukan kot? nak harapkan nota? adoi.taknakcakap.Buat masa ni,aku memang struggle gile-gile tahap Hussin Bolt berlari,memandangkan mak aku cikgu kat sekolah tu.Banyak jugak aku search tips-tips untuk hadapi exam.terima kasih,sangat membantu.

Dah adat seorang pelajar,usaha,tawakal dan doa memang kena sebati,InsyaAllah membuahkan hasil :') apa orang tua dulu cakap? "Usaha Tangga Kejayaan" InsyaAllah akanku semaikan dalam diri ini,memandangkan mereka lebih banyak makan garam daripada aku.Jadi ada betulnya kan? Aku harap Allah akan memberikan yang terbaik untuk aku dan kepada mereka yang akan jalani final exam nanti ya? expecially Para Batch #99,Gudluck! Semoga berjaya!

LEAVE YOUR COMMENT HERE, I WOULD APPRECIATE THAT TQ
No spamming.
No harsh words.
Sign in to comment.
Mind your language.
I will reply your comment within 24h.
Mind to click my nuffnang, I will click yours back.

4 comments: