Tahniah! Linda Hashim Hamil 2 Bulan!
16:45 - 1 comments

Linda Hashim & Beego
Dikhabarkan yang pasangan suami isteri selebriti, Beego dan Linda Hashim bakal menimang anak tahun hadapan dimana Linda disahkan hamil/mengandung anak sulung mereka dengan usia kandungannya itu adalah 7 minggu bersamaan nak dekat dua bulan. Linda akui yang dia mempunyai kelainan dari segi pemakanan dan juga kesihatannya.Mereka berdua dinikahkan pada 8 Jun yang lalu di di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju.
"Selepas kandungan berusia sebulan lebih baru ia dapat disahkan. Sebelum ini, saya memang kerap rasa tidak sedap badan tetapi saya tidak mahu terlalu berharap, bimbang keputusannya kelak mengecewakan.

"Tetapi sebaik sahaja disahkan oleh doktor, kami rasa bersyukur sangat dan Beego adalah orang yang terlalu teruja sehingga dia melompat ketika keputusan ujian kehamilan menunjukkan hasil positif. Sekarang saya sering merasa lapar walaupun selepas makan dan setakat ini saya belum muntah. Cuma saya kerap merasa loya dan tidak sihat sahaja. Beego juga cukup mengambil berat dengan kesihatan saya sekarang ini," ujar Linda memetik portal MediaHiburan semalam.
 src: Izyan


LEAVE YOUR COMMENT HERE, I WOULD APPRECIATE THAT TQ
No spamming.
No harsh words.
Sign in to comment.
Mind your language.
I will reply your comment within 24h.
Mind to click my nuffnang, I will click yours back.

1 comment: