Sedih! Ibu ambil anak pulang dari sekolah maut digilis lori simen
12:29 - 5 comments

Sedih
Ibu ambil anak pulang dari sekolah maut digilis lori simen -Rutin harian seorang ibu mengambil anaknya pulang dari sekolah bertukar tragedi setelah dia maut digilis lori di Jalan Tanah Lapang, Sentul di sini hari ini.

Lebih menyayat hati, kejadian kira-kira 2.15 petang itu berlaku hanya beberapa meter dari pintu pagar sekolah anaknya itu dan mayat mangsa, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, pula terputus dua dari paras pinggang.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah lori konkrit hingga menyebabkan motosikal itu hilang kawalan lalu terjatuh.

"Mangsa yang terjatuh di jalan raya digilis tayar bahagian belakang lori terbabit dan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abdullah, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya.

Difahamkan, pemandu lori terbabit merupakan warga Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Siti Rohani yang berasal dari Temerloh, Pahang merupakan isteri kepada seorang anggota polis berpangkat koperal dari Bahagian Risikan Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dan akan dikebumikan di kampungnya.

#Takziah buat keluarga mangsa :'(
LEAVE YOUR COMMENT HERE, I WOULD APPRECIATE THAT TQ
No spamming.
No harsh words.
Sign in to comment.
Mind your language.
I will reply your comment within 24h.
Mind to click my nuffnang, I will click yours back.

5 comments:

  1. Innalillah. tiba2 teringat arwah cikgu skola rendah sye yg maut dgn 3 org anak dia 2 minggu lepas :'(

    ReplyDelete
  2. ya Allah.. dekat sentul? innalillahiwainnalillahirajiun..

    ReplyDelete
  3. ya Allah ,kesian nya ..memang seriau kalau tgk org excdnt dengan lori nih..

    ReplyDelete