Resepi Telur Bungkus Sedap!

Thursday, September 26, 2013

Resepi Telur Bungkus

Resepi Telur Bungkus
Bahan-bahan ( 2 Orang )
  • Daging cincang - anggaran segenggam tgn dewasa
  • Mix veggie - ikut suka nak byk mana
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu.
  • 1 biji bawang putih - dicincang kasar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato - boleh krgkan sape yg tak suka masam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap 
  • 2 biji telur - dipukul sedikit
  • Garam & gula - secukup rasa
  • Lada sulah - secukup rasa
  • Minyak utk menumis

Cara-cara
  1. Perap daging cincang bersama-sama dgn garam,gula & lada sulah dlm 10-15minit.Kemudian goreng daging t'sebut.
  2. Setelah air daging hampir2 kering,masukkan bawang besar & bawang putih.Kacau biar serata.klu nak tumis bawang besar & bawang putih dulu seblm masukkan daging pun boleh gak.t'pulang pd masing2 la.
  3. Bila bawang besar mulai layu,masukkan kesemua sos & kicap.Kacau sampai sebati.
  4. Kemudian masukkan mix veggie.Kacau biar serata & agak2 sayurnya dah mula layu,boleh le padam apinya.
  5. Dalam kuali lain,panaskan sedikit minyak & tuangkan telur yg dipukul.Seratakan telur ditepi kuali supaya boleh meliputi daging tadi.
  6. Letak daging cincang yg tlh dimasak ditengah2 kuali.Lipat telur t'sebut & letak piring.T'langkupkan kuali & telur bungkus sedia dihidang.SIAP!!!

You Might Also Like

9 Like This Entry: