Al-Fatihah Buat Pelakon Maimon Mutalib Yang telah kembali ke rahmatullah

Saturday, September 07, 2013

Maimon Mutalib
ASSALAMAUALAIKUM
KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Maimon Mutalib meninggal dunia pukul 2.20 petang tadi di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam.

Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir setibanya di rumah selepas dibenarkan keluarkan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.Allahyarhamah disahkan menghidap kanser payu dara tahap keempat pada 2012.

Jenazah Allahyarhamah dijangka akan dikebumikan pada malam ini di kampung halamannya di Tangkak, Johor.Pelakon drama dan filem terkenal itu meninggalkan lima orang anak, Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.

P/S: AL-FATIHAH & TAKZIAH BUAT KELUARGA BELIAU
scr: Astro awani


You Might Also Like

0 Like This Entry: