Resepi:Puding Bakar Karamel
10:30 - 4 comments

Puding karamel
Resepi:Puding Bakar Karamel

Bahan A 
  1. Susu Cair 1 tin 
  2. Air 
  3. Telur 2 Biji 
  4. Gula secukup rasa(ikut selera) 
  5. secubit garam 
  6. 1 sudu teh esen vanila atau mengikut citarasa. 

Bahan B (untuk karamel) Loyang sederhana besar 

  1. Gula secukupnya(meliputi permukaan loyang) 

Cara menyediakan: 

  • Bahan B.
Masukkan gula di dalam loyang dan panaskan dengan api yang kecil sehingga menjadi perang kehitaman,dan disejukkan. 

  • Bahan A.
Susu cair di bahagikan kepada dua,1 bahagian susu di campur dengan telur dan dikacau perlahan sehingga mesra, campurkan juga 1 sudu teh esen,

1 bahagian susu di campur dengan air hingga menjadi 1 tin dan dimasak dengan api perlahan, dicampur dengan gula secukup rasa.
Bila susu mendidih, padamkan api dan campurkan dengan susu yang mengandungi telur tadi dan kacau perlahan.
Tuang dalam loyang yang mengandungi karamel dan bakar selama 1/2 jam dengan suhu 180 darjah.


LEAVE YOUR COMMENT HERE, I WOULD APPRECIATE THAT TQ
No spamming.
No harsh words.
Sign in to comment.
Mind your language.
I will reply your comment within 24h.
Mind to click my nuffnang, I will click yours back.

4 comments:

  1. nyam nyam ... sedap nyer .. ni kalau time puasa buat bebuka bagus ni ..

    ReplyDelete
  2. wah..nmpk mudah...nak cuba buat nnti..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah terliur tengok gambar, huhu ssdpnye =) nice resepi, adam ^^

    ReplyDelete