Resepi Roti John

Sunday, July 14, 2013

Resepi Roti John

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • Roti (ikut suka) - roti hotdog
  • Daging cincang - dlm 3 sudu
  • Bawang besar - dicincang
  • Serbuk kari - 1 @ 2 sudu (ikut suka)
  • Telur - 4 biji
  • Garam
  • Kobis - disagat
  • Mayonis
  • Sos cili

Cara-cara
  • Tumis bawang yg dicincang hingga wangi
  • Masukkan serbuk kari dan kacau lagi hingga wangi jugak
  • Masukkan daging cincang yang telah dibersihkan dan ditos
  • Masukkan garam
  • Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi telur - kacau hingga sebati
  • Panaskan kuali leper dan sapu sedikit minyak
  • Masukkan bahan tadi ke dalam kuali dan ratakan
  • Belah roti dan letakkan di atas bahan tadi - dalam kuali
  • Keluarkan dan masukkan kobis yang telah disagat ke dalam roti.Kemudian letak sos dan mayonis - hidang

You Might Also Like

5 Like This Entry: