Resepi Rendang Ayam
11:00 - 3 comments

Resepi Rendang Ayam
Bahan-bahan (5-6 orang)
  1. 5-6 ketul ayam
  2. 8 ulas bawang merah
  3. 2 ulas bawang putih
  4. 1/2 inci halia
  5. 1/2 inci lengkuas
  6. 1/2 inci kunyit hidup
  7. 7 biji cili padi
  8. 3-4 batang serai – dititik
  9. 1 sudu besar cili kisar
  10. 1 sudu besar kerisik
  11. 2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose / serbuk kari
  12. 1 sudu besar gula Melaka
  13. 1 mangkuk santan
  14. 5 helai daun kunyit
  15. 5 helai daun limau purut
  16. Garam dan gula

Cara-cara
  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan cili padi.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan serai.
  3. Masukkan cili kisar, rempah cap bunga ros, gula Melaka, kerisik dan santan. Kacau sehingga sekata, kemudian masukkan ayam.
  4. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.
  5. Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih, nasi himpit atau ketupat.

LEAVE YOUR COMMENT HERE, I WOULD APPRECIATE THAT TQ
No spamming.
No harsh words.
Sign in to comment.
Mind your language.
I will reply your comment within 24h.
Mind to click my nuffnang, I will click yours back.

3 comments: