Resepi Onde-onde (buah melaka)
08:30 - 1 comments

Resepi Onde-onde (buah melaka)

Bahan-bahan ( 30 biji )
  • 1/2 peket tepung pulut (250g)
  • 7 helai daun pandan (saiz sederhana)
  • 1/2 camca besar tepung gandum
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit garam
  • Air
  • Gula Melaka (potong kecil2)
  • Kelapa muda (parut)

Cara-cara
  • Gaulkan tepung pulut, tepung gandum & sedikit garam.
  • Daun pandan dipotong kecil2 dan dikisar dgn sedikit air.
  • Tapis air daun pandan tadi, campurkan beberapa titik pewarna hijau & tuang sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung hingga menjadi doh.
  • Ambil doh (ikut saiz kegemaran anda) bentukkan bulat2 & masukkan inti (gula melaka) di tengah.
  • Rebuskan di dalam air mendidih. Bila kuih timbul di permukaan itu menandakan kuih sudah masak.
  • Golekkan ke atas kelapa muda yang telah digaulkan dgn sedikit garam sewaktu masih panas & boleh lah dihidangkan.
  • Selamat Mencuba =)

LEAVE YOUR COMMENT HERE, I WOULD APPRECIATE THAT TQ
No spamming.
No harsh words.
Sign in to comment.
Mind your language.
I will reply your comment within 24h.
Mind to click my nuffnang, I will click yours back.

1 comment: