Resepi Karipap Bakar

Sunday, July 21, 2013

Resepi Karipap Bakar

Bahan-bahan 
  • Bahan untuk kulit
  • Tepung gandum
  • Minyak masak ( panaskan terlebih dahulu )
  • Sedikit air
  • Bahan untuk intinya
  • Kentang di potong dadu dan di rebus dahulu
  • Daging ayam
  • Bawang merah - di kisar
  • Bawang putih - dikisar
  • Bawang besar - dikisar
  • Serbuk kari ayam
  • Garam, perasa & gula
  • Cili kering - dikisar

Cara-cara

Untuk Kulitnya :-
  • MAsukkan tepung dan minyak masak. Gaul rata buat seperti crumble.
  • MAsukkan air sedikit demi sedikit. Gaul hingga tepung tak melekat di tangan

Untuk Intinya :-
  • Tumiskan semua bahan yang telah dikisar
  • Masukkan daging ayam.
  • Bila daging ayam sudah masak..masukkan serbuk kari tadi. Masak hingga terbit minyak.
  • Masukkan kentang dan gaul rata. MAsukkan garam, perasa dan gula. Tunggu hingga air kering bolehlah ditutup api. Biarkan sejuk.
  • Canai kulit karipap. Potong tepinya buat seperti segiempat panjang.
  • Masukkan inti karipap.
  • Tutup inti tersebut dgn menggunakan adunan yg telah di canai. Tekankan bahagian tepinya dgn menggunakan garpu.
  • Cucuk bahagian atas dengan garpu dan di sapu dgn kuning telur.
  • Masukkan dlm oven yang telah di panaskan dgn suhu 190’C sehingga masak

You Might Also Like

1 Like This Entry:

  1. wahh amazing,,selalu org goreng jew karipap dlm minyak panas,,kali nieyh masak dlm oven pulak. .

    ReplyDelete