Resepi Biskut Almond London
13:37 - 4 comments

Resepi Biskut Almond London
Bahan-bahan:
  • 250gm mentega
  • 100gm gula kaster 
  • 50gm nestum(kalau nak kisar boleh, tak kisar pun ok)
  • 100gm tepung jagung
  • 200gm tepung gandum(secukupnya)
  • Kacang badam secukupnya (dipanggang)
  • 1 sudu teh esen vanilla 
  • Almond nib secukupnya sbg hiasan
  • Coklat masakan
  • Papercup

Cara2 membuatnya:
  1. Putar mentega dgn gula hingga sebati
  2. Masukkan nestum dan putar(sekejap shj) hingga adunan sebatii
  3. Masukkan tepung jagung dan gaul hingga rata
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut
  5. Rehatkan dlm 15 minit & ditudung dgn kitchen towel yang lembap
  6. Ambil sedikit doh dan isi badam dan bentukkan samada bulat atau bujur.
  7. Bakar pada suhu 170 dlm 20 - 25 minit

Untuk salutan coklat:
Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double-boiling. Bila coklat dah cair, celupkan biskut menggunakan penyepit dan masukkan terus dlm papercup dan tabur sedikit almond nib diatasnya.
Buat hingga habis dan biarkan coklat beku, baru dimasukkan dlm container kedap udara.

* Hiasan atasnya letak coklat putih.
LEAVE YOUR COMMENT HERE, I WOULD APPRECIATE THAT TQ
No spamming.
No harsh words.
Sign in to comment.
Mind your language.
I will reply your comment within 24h.
Mind to click my nuffnang, I will click yours back.

4 comments: