Datuk Siti Dikritik Peminat apabila memuatnaik gambar Datuk K Tanpa Baju

Friday, July 12, 2013

Belum pun reda dengan isu gambar pakaian menjolok mata Azza Elite dua hari lepas, kini giliran Datuk Siti pula mencipta kontroversi baru apabila beliau telah memuatnaik sekeping gambar suaminya tanpa baju di laman Instagram dengan caption berbunyi "Dato K is ‘back’!!…;p".

Gambar Datuk K tanpa pakaian itu sebenarnya diambil ketika beliau melakukan senaman. Bagaimanapun, segelintir peminat yang melihat gambar itu nyata tidak senang dan terus melemparkan respon negatif berbentuk kritikan terhadap Datuk Siti. Ada antara peminat menganggap Siti tidak menghormati bulan Ramadhan dan tidak berhati-hati ketika berkongsi sebarang gambar suaminya di laman sosial.




Di sebalik kritikan segelintir peminat, masih terdapat peminat lain yang menyokong tindakan Datuk Siti. Bagi mereka, gambar itu hanya gambar biasa Dato K dan sepatutnya tidak jadi isu besar. Mereka turut menyifatkan golongan ini sebagai golongan yang berfikiran sempit dan sering memandangkan sesuatu itu daripada sudut pandangan negatif sahaja.




You Might Also Like

1 Like This Entry: