Anak 3 Tahun Maut Dalam Kereta Setelah Ditinggalkan Ibu Melebihi 5 Jam
09:41 - 4 comments

Memang sedih!!! info ini sangat penting untuk dijadikan peringatan supaya kita lebih berhati-hati jangan kerana kita nyawa insan tersayang melayang.Kejadian ini berlaku di Subang Jaya.menurut sumber kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai lemas di dalam kereta ibunya selepas ditinggalkan selama lebih lima jam, di sebuah sekolah, di sini, semalam.

Mangsa, Nawal Iris Shamsudin ditemui ibunya, Norzatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan kira-kira jam 5.30 petang sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.Sebelum kejadian itu, Norzatusy Hazwa menghantar adiknya di Lapangan Terbang Subang sebelum terpaksa bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat.

Beliau yang tergesa-gesa dikatakan tidak menyedari anaknya tidur di bangku belakang kereta.Apabila kembali ke keretanya, Norzatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya terbaring di bangku belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku.Mangsa anak bongsu dari dua beradik dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi awal pagi tadi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

lebih lanjut: http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/anak-3-tahun-maut-dalam-kereta-setelah.html
LEAVE YOUR COMMENT HERE, I WOULD APPRECIATE THAT TQ
No spamming.
No harsh words.
Sign in to comment.
Mind your language.
I will reply your comment within 24h.
Mind to click my nuffnang, I will click yours back.

4 comments:

  1. Iktibar untuk semua...bukan sahaja untuk ibu bapa...sayu hati gua terkenang kes sebegini..

    P/s: Adam Faiz, boleh tukar bloglist tak??
    sini>> http://www.edisiblogger.com/

    Link adam faiz dah masuk bloglist dah.. :)

    ReplyDelete