Perompak Maut Terjerut Tali Beg Silangnya Sendiri
17:28 - 4 comments

Gambar hiasan


Seorang perompak ditemui maut tergantung akibat terjerut tali beg silangnya sendiri. Kejadian ini berlaku di sebuah premis alat ganti di Jalan Sungai Besi, Taman Salak Selatan, semalam.
Menurut akhbar Sinar Harian, kejadian tersebut hanya disedari oleh pemilik premis ketika hendak memulakan operasi perniagaannya pada pukul 9 pagi.
Mayat lelaki tersebut dianggarkan berumur lingkungan 30-an, ditemui tergantung di koridor depan di tingkat satu premis tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pemilik premis pada awalnya mendapati kedainya berselerak.
“Dia seterusnya membuat pemeriksaan dan nampak satu lelaki tersangkut di koridor di tingkat satu, dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Lelaki itu tersangkut pada beg galas dibawanya sendiri,”
Beliau berkata, lelaki itu dipercayai hendak melarikan diri setelah memecah masuk premis berkenaan pada awal pagi.
“Sepasukan Forensik dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar,”
Mayat mangsa warga Myanmar itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HTAR) untuk bedah siasat.
Orang ramai mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
p/s: Kan dah kena..


LEAVE YOUR COMMENT HERE, I WOULD APPRECIATE THAT TQ
No spamming.
No harsh words.
Sign in to comment.
Mind your language.
I will reply your comment within 24h.
Mind to click my nuffnang, I will click yours back.

4 comments:

  1. tak pasal2.. buat jahat jangan sekali.. kalau Dia nak bagi cash balasan, macam ni lah jadinya :/

    ReplyDelete
  2. semoga kita mati dalam keadaan khusnul khatimah . Allahumma amin .

    ReplyDelete